CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 19, 2011

walang

Life is a challenge, meet it.

Sayap-sayap keunguan kini menjadi beku.
Dingin malam menyuntik walang nan seribu.

Pijar.

Kosong.

Ngilu.

Kaku disapa sendu.
Jiwa meronta menghempas.
Hati meraung membadai.

Titik mutiara berantai bertali arus.
Mahu ditempik;

malu pada sang bayu,
segan pada sang rembulan.

Namun pabila alpa itu membutakan,
onar yang beralun mematahkan deria.

Tongkat dipinta membimbing si rawan.

Kalah dalam pencarian rasa.

Menyedarkan sang jasad nan jumud.
Debu dosa  kian  mengunung.
Daki silam, kini dan akan datang minta disental.
Rebah di kaki YA ROBB,
jiwa hijau ini ingin dinaungi nur-MU.

Buang campak keraguan jauh ke dasar.
Pahit getir terus ditongkah.
Demi sebuah kemanisan yang diselangi  kepahitan.

0 comments:

Post a Comment


senyum itu sedekah^^

Labels

usha

Followers

Search This Blog